PEGAWAI PERUBATAN KAMI
Ts. Dr. MUHAMMAD NUR AZIMI AZIZAN
"Perubatan Integratif amat berkesan dalam merawat dan mencegah penyakit-penyakit berkaitan infeksi/jangkitan pathogen (kuman) dengan meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan seterusnya membina rintangan dan keimunan terhadap pathogen tersebut dan mempercepat proses penyembuhan badan" (Ts. Dr. Muhammad Nur Azimi Azizan, Pegawai Perubatan Ayurveda, PhD (C) (Unisel), MSc. (UPM) BSc. (UPM) MD.am (Ind), SKM (JPK).
Ts. Dr. Muhammad Nur Azimi Azizan berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc. Herb) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Master Sains Kesihatan (MSc. Env Health) UPM, Sijil Kedoktoran Komplimentari (MD.am) dari India, Sijil-sijil Kemahiran Malaysia (SKM) serta sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di UNISEL. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang rawatan Ayurveda dan Naturopathy, khususnya minat beliau dalam displin Gastroenterology dan Immunology. Beliau merupakan Pengamal Perubatan Ayurveda yanh berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari, KKM. Beliau merupakan ahli Malaysian Association of Naturopathic Medical Seniors (MANIS), badan professional Perubatan Naturopathy, ahli gabungan FCNMAM badan pengamal perubatan P.T.K diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan badan dunia World Naturopathy Federation (WNF). Beliau juga merupakan ahli akademik yang telah menerbitkan beberapa jurnal di peringkat antarabangsa yang mempunyai lebih dari 60,000 pembaca. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa saintifik Persidangan Kesihatan Dunia (GLOBEHEAL) dan merupakan salah seorang editor bagi Horizon Publishers.
Ts. Dr. Azimi
Pegawai Perubatan Ayurveda
No Pendaftaran KKM MPTK : PTI04674