Pengenalan Sistem Perubatan Integratif

Apa itu Perubatan Integratif

Menurut WebMD.com, Perubatan Integratif adalah suatu sistem perubatan yang menggabungkan kebaikan perubatan moden dan komplementari untuk membantu tubuh sembuh dan pulih pada kadar yang optima. Ini merangkumi banyak terapi dan kaedah rawatan, termasuk Herba & Supplemen, Urut & Aromatherapy , Homeopathy, Akupunktur, Senaman, kaunseling pemakanan, serta kaedah rawatan berdasarkan sains perubatan moden. 

Bagaimana Perubatan Integratif Berfungsi

Perubatan Integratif merawat seseorang secara holistik dan keseluruhan - itu bermaksud faktor kondisi minda, badan, dan semangat juga turut dijadikan sebahagian faktor dalam penentuan kaedah rawatan. Perubatan ini juga bertujuan untuk menyembuhkan akar umbi penyebab sesuatu penyakit - bukan hanya sekadar menghentikan gejala/simptom. ( WebMD, 2020).

Apakah Kelebihan Perubatan Integratif

Perbezaan utama antara perubatan Integratif dan konvensional adalah pendekatan falsafah dan terapi yang digunakan. Doktor Perubatan Integratif (AD/ND) merawat pesakit sebagai individu dengan menangani aspek kesihatan, fizikal, persekitaran, gaya hidup, sikap, dan emosi. Ini membolehkan mereka menemui dan merawat penyebab penyakit dengan menggunakan pelbagai modaliti. Doktor konvensional biasanya menangani dan merawat gejala penyakit  menggunakan terapi farmaseutikal & Kaedah Pembedahan yang sesetengahnya mempunyai racun berjadual yang boleh memudaratkan kesihatan jika disalah guna. (Canadian Association Of Naturopathic Doctors, 2020).